GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya menahan semula seorang tahanan lelaki yang meloloskan diri daripada Lokap Berpusat Balai Polis Bayan Baru pada 26 April lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, suspek berjaya ditahan semula pada jam enam petang semalam di sebuah chalet di sekitar Batu Kurau, Perak.
Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 2 Mei ini bagi membantu siasatan.
Menurut Shuhaily, ketika ditahan, suspek didapati mengalami masalah penyakit kulit yang teruk akibat alahan dan diberi rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan bagaimana suspek boleh melarikan diri hingga ke kawasan tersebut.
Susulan insiden tersebut juga, enam anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal telah ditahan.
Shuhaily berkata, kesemua anggota terbabit kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan iaitu penjawat awam dengan cuai membiarkan seseorang lari dari pengurungan dan halangan terhadap penangkapan yang sah disisi undang-undang.
"Dengan penangkapan tersebut saya ingin menegaskan di sini bahawa kepada orang ramai yang gusar sekiranya beliau boleh mendatangkan ancaman keselamatan maka dengan ini kita tangkap semula beliau, perkara itu tidak timbul lagi.
"Mungkin pihak tuan akan bertanya adakah siasatan di bawah Seksyen 223/224 ini akan diteruskan, saya sahkan kami akan terus menyiasat bawah 223/224," katanya.
Shuhaily berkata demikian dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) PUlau Pinang pada Jumaat.
Tambah beliau, siasatan mendapati wujud elemen kecuaian dalam kejadian tersebut dan polis ketika ini sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap anggota polis yang terlibat.
Enam anggota tersebut telah dibebaskan daripada reman hari ini dan mereka turut dipindahkan ke bahagian lain sehingga siasatan selesai.
Sebelum ini, polis telah melancarkan operasi untuk mengesan suspek yang berusia 33 tahun itu yang telah melarikan diri dari lokap berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam, 26 April lalu.
Suspek ditahan pada 20 April lepas atas kesalahan dadah dan sedang menunggu keputusan sama ada dikenakan tahanan menurut Akta Dadah Berbahaya Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Apr 29 2022
Sebelum ini, polis telah melancarkan operasi untuk mengesan suspek yang berusia 33 tahun itu yang telah melarikan diri dari lokap berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam, 26 April lalu. - Gambar fail
Malaysia, Uzbekistan akan teroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia
Uzbekistan berminat untuk menjalin kerjasama dengan Petronas terutamanya melalui projek metanol-kepada-olefin dan hidrogen hijau.
Pada usia 81 tahun, kekayaan Paul McCartney bernilai RM6 bilion
Kekayaan McCartney dan isterinya Nancy bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Polis Kelantan buka tujuh kertas siasatan berkait salah laku pegawai, anggota polis
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kertas siasatan itu, antaranya terdiri daripada kes khalwat, banduan lolos, kesilapan kerani bertugas dan rogol.
Polis buru banduan berbahaya lolos penjara AS
WASHINGTON, 9 September (Bernama-Anadolu) - Perburuan terhadap Danelo Cavalcante, seorang pembunuh yang telah disabitkan kesalahan dan melarikan diri dari penjara di Pennsylvania, kini memasuki hari k
Tahanan lolos dari lokap polis Bayan Baru diberkas semula
Suspek berjaya ditahan semula pada jam enam petang semalam di sebuah chalet di sekitar Batu Kurau, Perak.
Polis buru enam banduan lari dari Penjara Jelebu
Tujuh banduan tahanan reman mahkamah dikesan melarikan diri dari Penjara Jelebu, petang tadi.
Banduan lolos ditangkap semula, motosikal terbabas ke dalam tali air
Banduan berkenaan ditahan ketika bersembunyi di sebatang tali air di kampung Terbak, Tumpat.
Banduan lolos di Kluang berjaya diberkas
Seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Reintegrasi di Kem PLKN Padang Hijau, Kluang, berjaya ditangkap semula pada Sabtu.
Banduan lolos dari penjara Bali berjaya ditahan semula
Christian Beasley, 32 tahun, berjaya ditangkap semula selepas meloloskan diri dari Penjara Kerobokan di Bali minggu lalu.
Kedutaan Malaysia pantau kes banduan Malaysia bolos penjara
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sedang memantau perkembangan kes seorang rakyat Malaysia yang bolos dari penjara Kerobokan di Bali dua hari lepas.